Monday, 14 October 2013
Info 2 : FROG VLE
Assalamualaikum,
APAKAH FROG VLE?
Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun,
Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.
FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan
Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.Ketahui lebih lanjut bagaimana Frog boleh mempertingkatkan pembelajaran dengan menonton video-video ini!
1. Memperkenalkan Projek 1BestariNet Guru
3. Dashboard Frog VLE

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENONTON VIDEO INI.
TAHNIAH KERANA ANDA MAHU MEMPELAJARI SESUATU YANG BAHARU.
Thursday, 28 February 2013
Info 1 : 1 BestariNet
Salam Sejahtera 1BestariNet |
Memperkasakan generasi masa depan menerusi internet berkelajuan tinggi
1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.
Untuk bacaan lengkap sila klik link di bawah. Terima kasih.
|
Post 7 : Penggunaan Makmal ICT bagi aktiviti ko kurikulum 2013
Persatuan Sepak Takraw telah menggunakan makmal ICT untuk tayangan video cara-cara bermain sepak takraw.
Post 6: Penggunaan Makmal bagi tujuan Kursus Dalaman 2013
Tarikh : 23.FEB 2013
Tempat : Makmal ICT
Fasilitator : En.Muhammad Fadzulli b. Hamzah
: Pn.Maryati bt, Athan
Wednesday, 27 February 2013
Post 4 : Orientasi Murid Tahun 1 / 2013
Alhamdulillah.
Murid-murid tahun 1 telah diperkenalkan dengan Makmal ICT dan peralatan-peralatan yang terdapat di dalamnya.Ucapan terima kasih kepada guru Pn.Narimah bt Omar kerana senantiasa mengimarakkan kemudahan ICT di sini.

Post 1 : Komputer Baharu 2013
Alhamdulillah....
Terima Kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Terima Kasih kepada BTPN Negeri Perak.
kerana komitmen anda, kami telah mendapat 20 komputer baharu. Pihak SKMS mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen yang diberikan.

Subscribe to:
Posts (Atom)